Homestay Kampung Padang Kuantan Pahang

Syarat & Peraturan

 

Aura Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja.

Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.

Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah bayaran tempahan diterima (RM50/malam).

Tempahan yang berstatus ‘Pending’ (belum buat bayaran tempahan) akan dibatalkan selepas 3 hari.

Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.

Bayaran tempahan tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.

Masa masuk adalah 2:00 petang dan keluar 12:00 tengahari.

Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.

Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
Tidak membawa barangan berharga bersama.
Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan.
Adalah amat digalakkan supaya menutup kipas dan lampu bila meninggalkan rumah.

Pihak Aura Homestay berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.

PIHAK PENGURUSAN AURA HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN